Tuesday, 25 April 2017

Blog.. Hmm

Aku ada blog je.. Nak luah pun cuma blog.. Dia bukan datang nak pujuk.. Datang bagi duit je.. Pastu blah.. Hmm.. Bukan nak tanya aku sihat ke tak.. Demi Allah, aku tak larat gila ni.. Sakit kepala.. Ulser pun dah ada 5 dalam mulut.. Hmm.. Sakit.. Takpe la nadhirah.. You can cure yourself.. Get well soon myself.. :')

Wednesday, 12 April 2017

Ada je nak buat sakit hati

Ya Allah. Tak tahan nya la. Tiap hari kena gini. Satu satu muncul. Tak tahu la. Dapat lelaki jenis melayan ni susah. Kalau taknak takde nya save bagai. Hari tu simpan gambar. Ni save nombor. Pastu chat bagai. Haih. Letih dah aku gini nya. Dah la. Penat. Makin tawar hati aku ni. Story pulak rajin tengok. Sanggup tunggu loading. Letih la gini. Letih letih. Letih nak kena pujuk hati sendiri. Setia sangat pun susah. Aku je yang setia. Yang sayang dia. Dia tak pun. Aku rasa macam bodoh bila setia dengan orang yang tak pernah nak setia dengan aku. Hmm. Apa lagi salah aku kali ni. Mana lagi kurang aku..? Apa lagi salah aku ? Aku ni bodoh. Tak sempurna sebab tu kau suka buat aku macam ni. Yelah. Semua salah aku. Semua silap aku. Kalau aku takde salah. Takde kurang mesti kau tak buat aku macam ni. Betul tak ? Aku sedar aku ni tunggul. Aku baru nak bahagia 3 hari ni dengan kau. Ada je kau buat aku macam ni. Takpe lah. Aku tetap berterima kasih.

Sunday, 9 April 2017

Taknak jadi kawan

Hm. Orang tak nak cuma jadi kawan awak. Tak best. Sakit. Kalau sakit nak mengadu kat siapa..? Nak manja dengan siapa lepas ni ? Siapa lagi nak suruh orang makan makan dan makan.. Siapa lagi nak ejek nak gurau.. Hmm.. Siapa.. Siapa lagi nak buat orang gelak berdekah dekah.. Siapa lagi nak cakap 'i love you' ? Siapa lagi nak suruh bawak motor hati hati..? Siapa nak follow orang balik kerja ? Siapa nak buat semua tu ? Siapa nak teman orang lepas ni.. Hmm.. Orang nak awak..

Saturday, 8 April 2017

Hm

First time, dia betul betul buat aku rasa nak pecah jantung ni. Tadi aku macam nak nangis je. Sebelum dia pergi, dia belai kepala aku. Itu lah belaian pertama dia yang aku rasa penuh kasih sayang. Hmm. Ke cuma hayalan aku je.

Wednesday, 29 March 2017

Dah la bermimpi

Cukup lah tu nadh.. Takyah mimpi.. Kesalahan kau buat tu dah melebihi kesalahan dia.. Kesalahan dia kat kau nadhirah tak teruk macam kau lepak.. Menipu setahun.. Main hati dengan orang lain.. Tinggalkan kau terkapai kapai macam orang bodoh.. Memang melebihi melepak.. Dah lah nadhirah.. Orang sebaik dia memang takkan pernah layak dengan orang sehina kau nadhirah.. Sedar diri.. Minta maaf.. :')

Friday, 17 March 2017

Aku kuat. InshaAllah.

Ya Allah. Kalau perlu, Kau tutup lah pintu hati aku terhadap mana mana lelaki. Biarlah aku tak berkahwin sampai mati. Sesungguhnya aku tak kuat. Aku tak mampu. Ya, aku lemah. Aku rela menyendiri. Kawan.. Banyak yang aku menghindar. Maaf, bukan aku sombong tetapi aku ingin sendiri.. Andai aku kuat, bukit mana aku dah daki.. Aku tak kuat.. Aku lemah.. Aku bodoh.. Aku dungu.. Semua nya salah aku.. Rela aku menyendiri.. Makan seorang pun takpe.. Pelik kan ? Jangan kan orang lain.. Kawan baik aku pun aku tak contact.. Tasya wan.. Aku tak banyak cari mereka.. Kalau berduit, dah aku pergi jauh dari sini.. Tak sanggup.. Patut lah Islam melarang bercinta sebelum nikah.. Sakit.. Aku gagal..

Tuesday, 14 March 2017

Allah.. Kuatkan aku..

Kau cakap kawan.. Kenapa anggap aku musuh ? Dengan perempuan lain boleh kau rapat².. Gelak².. Habis aku ? Kenapa tak boleh ? Kau tak adil.. Kau jahat.. Hina ke aku ? Sampai sekarang aku tak faham.. Kenapa kau perlu kejam dengan aku

Hati batu

Aku malas la. Rimas pun ye. Jangan chat aku hari² boleh tak.. Dah aku tak reply tu tanda nya aku tak hadap la.. Takyah nak acah sedih la.. Hati aku ni tak terbuka pun kat memana lelaki buat masa ni.. Aku malas.. Aku taknak.. Biar tak kawen pun takpe lah kalau macam gini.. Hati aku ni bukan mainan.. Sakit aku yang sebelum ni pun tak hilang lagi.. Ingat senang aku nak tukar ganti..? Payah ! Takkan ada.. Dah la.. Hm.. Bulan cantik malam ni.. Aku harap sangat bila dia tengok bulan, dia akan ingat aku..

Sunday, 5 March 2017

Takde nilai

Nadhirah.. Nak tau satu benda tak ? Kau sebenarnya langsung takde nilai.. Tak berharga pun sebenarnya.. Sebab tu orang yang cakap sayang kat kau selama ni boleh tinggal kau bodoh-bodoh cam tu je.. Kau sedar tak ? Tak sedarkan.. Takpe aku tolong sedarkan kau.. Sia-sia.. Kau buang masa je nadhirah.. Kau menangis siang malam tak kira hari tak kira tempat.. Orang nampak kau lemah.. Tapi dia ? Dia tau apa kau rasa ? Dia nampak kau sedih ? Tak nadhirah.. Dia tak nampak.. Dia tak rasa.. Dia tau seronok.. Dia tau happy.. Dia tak nangis macam kau.. Dia tak sedih.. Malah dia tak kesah pun.. Kau nak sakit.. Kau lapar.. Kau nak mati pun dia tak cara.. In fact, dia dah lama buang kau.. Dia pergi kat kau selama ni pun atas dasar SIMPATI.. KESIAN.. bukan lah sayang sangat pun.. Kau pun kena game awal² dengan kawan baik dia.. Sebab dia kesian kan kau dia kutip kau.. Dia pungut kau.. Kau tak sedar ke nadh ? Sekarang kau nampak kan.. Bila dia terima kau bukan sebab ikhlas.. Maka dengan tu dia senang nak buang kau.. Kau tu apa je nadhirah.. Takde hasil pun.. Setakat menyusahkan dia ada lah.. Dah la tu.. Dia kena pulau ngan family dia sebab kau.. Kau tu apa Nadhirah.. Sampah kau tau sampah.. Sampah yang takleh nak kitar semula.. Sampah yang busuk kotor jijik.. Orang tak pandang dah kau.. Kau tu sial.. Pembawa malang.. Bodoh.. Sebab tu dia malu nak jalan ngan kau.. Kalau kau rapat nak gurau-gurau manja pun dia elak.. Sebab kau jijik lah bodoh.. Kau jijik kat mata dia.. Sebab tu jugak lah dia buat kau macam takde hati.. Tinggal sorang² tak ubah macam anjing kena buang kat tangga.. Kata kejap.. Sekali dia blah bodoh.. Kau ingat apa ? Dia sengaja la wei.. Dia tu tak hingin pun kat kau.. Sedar diri sikit !

Saturday, 4 March 2017

Lagi sekali

Apa weh malapetaka yang ada kat aku ni.. Aku ni lahir memang sial ke ? Banyak ke suwey..? Kenapa orang senang je benci aku.. Buang aku.. Buat aku macam takde perasaan ? Kena tinggal kat tangga macam anak pungut kau tau ? Aku senggut lagi.. Tak larat lagi.. Dia boleh tinggal aku.. Pergi makan.. Aku ni apa ? Patung ?

A little hurt

Lama tak update.. I've a lot of stories.. Tak tahu nak mula yang mana satu.. Banyak duka dari suka.. Nanti ada masa aku update..

 
Designed by: Nadhirah Khadir (NK)