Thursday, 17 November 2016

im sorry :(

Greeting Text
biy, orang minta maaf.. ya Allah.. rasa serba salah sangat.. apa yang orang dah buat selama ni ? minta maaf. tadi buka fb awak. nampak fb aina. cover photo gambar korang satu family. ya Allah bahagia nya korang. tapi, apa yang orang dah buat. korang adik beradik jadi gaduh. hmm. tengok fb yana... ada ayah awak komen.. bahagia nya kan family awak.. ya Allah, bersalah nya la rasa.. mesti korang lagi bahagia kan kalau orang takde.. biy, orang ni penting kan diri ke ? adakah salah untuk mencintai ? kenapa lah orang ni malang sangat. ya Allah. tak boleh fikir apa apa dah. orang sedih biy. sedih bila tahu orang punca awak dengan kakak kakak awak gaduh hari tu.. keluarga korang sempurna.. bahagia.. hmm.. maafkan orang biy :'(

Friday, 4 November 2016

rindu

Greeting Text
dia ni mana ? fb boleh komen. chat tak reply. dia tak tahu ke yang aku rindu. hm. malam ni aku rindu dia. macam rindu gila. argh serabut la main dengan rindu ni. rasa macam nak dia ada selalu depan mata. nak tengok dia je. haih. sabar je la.

Wednesday, 2 November 2016

Antara sebab kau dah kena ready :-

1) kurang ws
2) perubahan yang drastik
3) tak peduli langsung pasal kau
4) melebihkan perempuan lain
5) anggap kau tak wujud
6) lebih rela tak chat
7) balas pendek pendek

Fuck ! Ni semua aku dah rasa. Kk.

Tuesday, 1 November 2016

Aku ni apa ? Bukan lagi siapa.. Tapi apa ?

Sakit weh jadi aku. Aku je nak kena faham kau nak exam. Kenapa kau taleh nak faham aku ? Aku ni apa ? Batu ? Kayu ? Pasir ? Yang senang2 je kau campak. Apa ? Kau tak fikir hati ngan perasaan aku ? Dah jarang chat apa semua tu.. Aku cuba faham kau.. Habis kau ? Buat aku ni macam babi.. Hina.. Jijik sangat sebab tu kau tak jaga hati aku.. Fade up aku.. K.. Kau nak cakap pasal kawan kau kan.. Meh aku ajar kau cara berkawan.. Kau tunggu..

Monday, 31 October 2016

I hate you

Aku benci bila orang tak suka tengok aku ngan ali. Aku benci bila ada yang sibuk kacau hubungan aku. Aku benci semua yang buat aku sakit hati. Aku benci orang yang tak reti nak jaga perasaan aku. Pagi ni, entah. Hati aku sakit. Sakit sangat bila aku stalk moment ali. Ada lah sesiapa pun kat dalam moment dia tu. Aku sakit hati. Demi Allah, aku tak ikhlas kan apa yang orang buat kat aku. Apa lah masalah orang ni. Makin aku tak faham. Semua la. Semua tak respect aku. Respect dari segi hati. Ada lah beberapa mahluk yang aku dah cannot accept. Dear human, please la.. Jadi manusia with brain. Tanam sikit sifat² menghormati tu sama. Fine la nak cakap "baru couple dah kecoh" its not about 'status'. Its about relationship. Hormat hubungan manusia lain. Kau tak tahu apa yang aku hadap. Apa yang aku tempuh. Apa yang aku lalui. Aku nak stay ngan Ali bukan senang. Kau orang ingat senang je ke aku nak stay ngan dia ? Penat da weh.. 6/7/16.. Maka genap lah aku 5 bulan dengan ali.. Tarikh tu, sampai mati aku takkan lupa. Raya yang pertama seumur hidup aku bertemankan air mata. Berbantalkan fitnah. Berselimutkan duka. Kau rasa aku bahagia ke raya tahun ni ? Dengan parents aku dah satu hal. Raya tahun ni, aku tak merasa cium tangan mak ayah aku on the first eid. Dah, abaikan part tu. Orang mesti ingat senang je relay aku dengan ali tu. In fact, Family dia tak suka aku. Aku kena fitnah macam². Aku dah kena hina. Maruah aku dah kena pijak pun. Actually bukan setakat aku but family aku sekali. Aku gaduh dengan jiran aku sendiri which is sedara aku. Payah aku nak explain. But, aku mohon dan merayu sangat jangan ganggu relay aku. Bagi peluang aku bahagia. Banyak dah aku hadap sebab aku nak stay dengan dia. Aku sayang dia. Tolong la stay away. Get lost je lah dari life aku. Tough gila hati aku. Kena herdik. Kena caci. Kena maki. Kena hina. Tapi aku still stay. Nampak kan aku terhegeh hegeh sangat kat ali. Yes i did. Memang pun. Sebab aku memang sayang dia. Ramai orang pelik why him ? Dah la sama umur.. Tak kerja.. Itu la ini la.. Senang je, rezeki dia belum lagi.. Aku nak dengan dia start dia takde apa apa. Aku nak start susah dulu. Aku tak harapkan harta pun macam gf lain. Mintak itu ini. Aku ada la jugak minta itu ini tapi aku rasa makanan je. Tak pernah mintak yang pelik². To haters, please stop. Im tired. Give me my happiness and He will gives to you too. Doakan la aku yang baik je dengan dia. Tak doa kan pun takpe. Just go. Takyah nak tolong adjustkan bagai. Nak acah acah close friend bagai. Nak stalk stalk. Eh please. Lelaki lain tak pupus lagi dalam dunia ni. Then, kau nak tolong ejaskan apa kalau dah tahu he's taken ? Jangan la bagi harapan kat minah tu. Fake hope weh. Minah tu heartbreak kalau sampai tahap bunuh diri tu semua salah kau. Nak tolong sangat sampai kau kasi harapan lak kat dia. Just cakap dia taken. Nanti tolong cari kan yang lain ke apa ke. Cakap kawan baik. Dah la. Kawan sekarang pun macam sampah. Payah nak cari yang elok.

Thursday, 27 October 2016

no matter what happen please stay

Greeting Text

hai blog.. rindu nak berblog.. phone rosak.. tak boleh nak blog.. hmm.. malam ni sunyi.. update blog pun sebab takde tempat nak luah.. takde orang nak chat.. hari ni, dia langsung tak chat.. sikit pun takde.. i love you jauh sekali nak dapat.. takpe nadh.. dia sibuk tu.. buat homework.. dia penat.. dia tidur.. sabar nadhirah.. apa yang jadi sekali pun, stay... sabar... tunggu dia... setia... nanti percayalah ada kebaikan.. fighting nadh ! hehe.. kuat kan hati.. chaiyok chaiyok..!

tengah taip... dapat chat dari ali, dia cakap dia tak sihat TT_TT patut la tak chat.. dia kenapa ? hm hm.. bye.. nanti nadh sambung type..

Saturday, 22 October 2016

bodohnya aku

pening sangat kepala hari ni. banyak sangat fikir. apa la malang nasib nadhirah. bila boleh dapat lelaki yang ikhlas sayangkan aku. kenapa aku selalu gagal ? gagal dalam perhubungan. aku tahu aku bodoh. banyak kekurangan aku. sebab tu aku selalu kena tinggal. bermimpi nak ada lelaki yang baik yang boleh terima aku. tak nadhirah. kau bukannya 'princess' yang kau bayangkan. kau cuma sorang gadis kampung yang kurang segala-galanya. mimpi aku.. harapan aku.. musnah.. hancur berkecai. mulai hari ni, aku akan berpijak ke dunia nyata. aku bukan lah dalam cerita dongeng. aku bukannya 'princess'. bangun lah nadhirah dari mimpi yang tak sudah tu. aku dah tak ada siapa-siapa. aku cuma ada aku. kekuatan aku cuma aku je. biarlah orang nak tinggal aku. aku dah taknak bercinta lepas ni. aku dah cukup dah. nampak sangat aku gagal. aku tak layak untuk bercinta. aku menyerah kalah. aku akui aku bodoh, aku tak sempurna. aku kekurangan semua nya. kesihatan.. rupa paras.. kepandaian.. aku kurang.. aku tak pandai jaga apa yang aku ada.. betul lah, aku tak layak bercinta apa tah lagi dicintai.. dah seharusnya aku menyerah dari awal.. usaha aku untuk kekal tu sia-sia..

Tuesday, 11 October 2016

Greeting Text
dear sayang,

dari awal kita kenal, saya tak pernah jangka pun yang saya akan jatuh hati kat awak. betul. saya memang anggap awak kawan je. kawan lama. satu sekolah rendah. saya pun jenis nakal, suka kacau-kacau awak. entah macam mana timbul perasaan selesa dengan awak. habis semua masalah yang saya pendam saya boleh cerita kat awak. pelik. tapi, awak lah satu-satunya manusia yang akan ada untuk saya walau sesibuk mana pun awak. saya ingat lagi, saya ws awak pagi pagi dalam satu lebih pagi. awak cakap awak tengah repair motor. awak suruh saya tunggu. saya tunggu. dalam empat lebih pagi awak ws saya balik. awak tak lupa saya masa tu.

start dari tu pun, saya dah rasa yang saya ni penting. ada tu kan, awak ingat tak first time jumpa ? tak ke gila pagi-pagi buta awak datang rumah sewa ayah kat taman tas. bulan 12 kan masa tu. dalam pukul 3-4 pagi awak datang hantar maggi tom yam, yogurt strawberry. padahal tu first time jumpa lepas berapa tahun kita tak jumpa. masa tu awak pakai cap, cermin mata, baju tshirt warna oren dengan seluar hitam. saya masa tu berkain batik baju jersey pahang warna kuning tu. haha sumpah saya takkan lupa awak masa tu.

lepas daripada tu kan, kita jumpa kat taman. awak bawa ais krim. hehe sweet je awak masa tu. segan sangat time tu. tapi, saya terkejut tengok awak "berbomoh" depan saya. serius saya tak sangka awak merokok. terkejut juga la. tapi sekarang awak dah berubah. tu yang paling penting bagi saya. penat juga nak brainwash awak ni. hehe.

then, awak dah rajin mari rumah ayah. awak belikan saya kinderbueno. banyak kali juga eh dating depan rumah ayah. tapi, hebat awak ea. padahal kan masa tu saya dengan fifi. awak, saya rindu kenangan kita tu semua. masa awak juga usaha nak dapat kan saya, saya sebenarnya keliru sangat. ambil masa juga saya nak buat keputusan sama ada awak atau pun fifi. fifi bf saya masa tu tapi, dia abaikan saya sangat-sangat. sampai kan saya sedih, saya susah dia tak ada kat sisi saya. yang ada masa tu awak. awak yang selalu sokong saya. beri semangat. awak tetap sokong keputusan saya. selalu suruh saya fikir baik-baik. beri peluang dekat fifi. tapi, makin nampak yang fifi bukan terbaik.

saya ingat lagi, masa kali pertama awak datang. saya cakap, awak takkan tahu rumah saya. dah la jauh. susahkan awak je. ayat awak "fifi boleh takkan aku tak boleh kan" awak usaha juga untuk saya. sampai lah awak kat teratak buruk saya ni. masa tu juga la first time saya pecahkan gelas depan tetamu. masa tu juga lah awak dapat tengok saya menyapu dan masa tu juga lah awak tengok saya gelakkan awak macam orang gila. kuat betul saya ketawakan awak masa tu. awak tu lawak sangat.

lepas tu kan, awak tahu tak kenapa aboy support sangat kita ? sebab awak lah satu-satunya bf yang saya kenalkan dekat dia. betul. sebelum ni tak pernah pun. masa mula-mula tu kan, aboy yang teringin sangat nak kenal awak. sanggup amik awak kat taman tas. semata-mata nak ajak mandi sungai. wah, seronok kan time tu. malam tu pergi karok. then makan. hehe, first time juga la saya suap awak. suap sayur pula tu. hehe sorry awak. saya suka buli awak. awak comel. saya tulis ni sebagai tanda menghargai awak. alhamdulillah, makin lama makin bahagia saya. makin banyak cipta kenangan. memori dengan awak takkan pernah saya lupa.

awak tahu, bila saya dengan awak kan saya selalu happy. rasa tenang je. biar pun masalah banyak. saya seronok bila awak ada untuk saya. selalu sokong saya. bagi kata-kata semangat. saya rasa kuat sangat. selalu rasa dihargai. saya boleh merasakan diri saya ni penting.

sayang, tak mudah untuk saya lupa kenangan saya dengan awak. 06/02/16 awak ingat tau tarikh ni. bermakna sangat buat saya. saya hargai sangat. terima kasih dah jadi pelangi untuk saya. sentiasa indahkan dunia saya. terima kasih dah jadi matahari untuk saya yang sentiasa menyinari hidup saya. terima kasih dah jadi bintang-bintang yang tak terkira banyak nya pengorbanan awak untuk saya.


Muhammad Zulfadhli, terima kasih. saya cuba jadi terbaik untuk awak. ^_^

Tuesday, 4 October 2016

Apa semua ni ?

Entah apa apa kau ni..
Jeles aku dengan iqmal.. Tu dah satu masalah.. Satu lagi, konon aku ni minta perhatian lelaki lain.. Bodoh sia.. Bila aku buat gitu ? Lelaki mana ? Aku kalau aku nak, masa kapel ngan kau pun aku boleh buat.. Masalahnya tak.. Benci pulak aku ngan perangai tah apa apa kau ni.. Menuduh tak tentu pasal.. Lepas tu mula lah tak percayakan aku.. Apa do masalah kau.. Aku setia siang malam ngan kau.. Stalk kau.. Amik tau pasal kau.. Kau tuduh lagi aku.. Terasa gila do.. Aku tak tahu nak bukti kat kau macam mana lagi.. Tak cukup kuat lagi ke benda yang aku hadap selama ni semata mata nak ada untuk kau ? Tak nampak lagi ke ? Apa tah yang ada dalam kepala hotak kau tu.. Ouh.. Mungkin kau yang bosan ngan aku kan ? Kau cari salah aku, then kau blah.. Gitu en ? So selama ni kau menipu je la cakap kau sayang aku.. Aku ni dah cukup terbaik untuk kau.. Aku ni sempurna la.. Aku ni cinta kau la.. Alaaa.. Bodoh.. Padahal kau bukan percaya aku pun.. Sia sia je kau cakap kau sayang aku bagai.. Sia sia !

Sunday, 2 October 2016

Minta kau faham

Bro, kau kalau mari jadi silent reader aku nak kau tahu.. Sikit pun aku tak mintak perhatian kau.. Ni blog aku kan.. Nama aku kan ? Jadi, ni hak aku nak tulis apa pun. Aku tahu. Kau mesti fikir aku nak kan perhatian je kan ? Haha. Gotcha ! Aku dah kenal kau.. Mesti kau fikir gitu kan.. Hahaha.. Wuu.. Aku langsung tak minta k perhatian kau.. Pergh padu.. Mesti selama ni kalau aku luah masalah aku, tu mesti kau fikir aku gitu kan.. Allahu.. Haih.. Sedih bhai.. Aku cerita masalah aku kat kau, kau tu aku anggap manusia penting dalam hidup aku.. Tapi en.. Kalau kau tuduh aku baru ni cakap aku ni minta perhatian.. Tak mustahil ah kalau selama ni pun kau fikir aku gitu kan.. Sampai gak hati kau.. Bodoh aku ni.. Tahniah bro, kau dah buat aku rasa macam aku baru kena campak dari bangunan 80 tingkat.. Kau boleh bayangkan tak hancur, patah, remuk tu.. Haha.. Ni mesti kau nak cakap aku nak minta perhatian kau lah tu kan ? Aku tak tau nak rasa apa sekarang ni.. Mixed feelings..

Serabut otak

Walaweyh.. Panas betul aku rasa.. Kau senang je cakap dah dah la.. Eleh.. Kau tak rasa.. Kau buat kat aku.. Kau buat aku sakit hati then kau blah.. Haha.. Kau memang ah tau cakap je.. Kena tu aku bukan kau.. Ouh.. Aku tak mintak pun perhatian aboy, tapi tadi dia asyik tanya pasal kau.. Naik semak gak.. Puas dah aku diam.. Last last aku cakap aku ngan kau dah end up.. Terkejut beruk dia.. Dia nak ws kau.. Aku tak kasi.. Tak payah.. Kang mula lah aku pulak yang kena tuduh mintak perhatian bagai.. Semak do.. Pastu dia suruh aku jaga kau leklok.. Pahal aku ? Kau yang buat aku perit.. Kau yang blah bodoh.. Aku pulak nak kena jaga kau leklok.. Jadah ?… pastu masa kat sungai lagi lah tak guna dok main tb pasal kau.. Pergh sial.. Semak aku rasa.. Hari ni dunia aku penuh dengan nama kau.. Kau tanya aboy, mana aku ada mood nak mandi tadi.. Diam je aku duduk kat kayu.. Malas aku.. Pastu, ma pun hari ni serabai dok citer pasal kau kat nina.. Ye ye.. Fine.. Terima kasih dah banyak berjasa.. Aku hargai semua jasa kau.. Haih.. Menyampah betul aku.. Memang aku diam je kalau orang tanya pasal kau banyak².. Serabut otak aku nak jawab.. Kang mula lah kau cakap lagi aku macam macam.. Mintak perhatian lah.. Itu lah ini lah.. Sedih hidup aku ni.. Hahahaha.. Tahu lah aku kurang kasih sayang takyah kot sampai nak babit aku mintak perhatian bagai..

The way me

Hi assalamualaikum..
Hehe.. Heaven nya semalam campur hari ni.. Semalam keluar overnight. Mula² pergi cari makanan.. Lepak² taman kerang.. Then pergi tc.. Pastu.. Check in hotel.. Hahaha.. Siot gila.. Merata cari hotel.. Daripada kuantan bawa ke balok sampai la cherating.. Semua full house.. Gila.. Berjam.. Yang call saje 13 hotel.. Yang pergi tanya memang banyak gila.. Aku rasa semalam lebih 30 hotel.. Punya lah nak ada swimming pool lah wifi lah.. Last last.. Semua full.. Hahaha.. Sampai lah cari hotel budget.. Hahahahaha.. Gila kami.. Pergi check in kat hotel orang ehem ehem.. Hahahaha.. Bodoh lah kita orang ni.. Tu pun mujur check in lewat dah.. Dalam pukul 4 lebih.. Orang takde.. Tapi banyak ah motor budak² muda.. Wuuuu.. Haha.. Serius ah cipta pengalaman baru.. Dengan sesat nya kat gebeng.. Jalan gelap gelita.. Masuk tempat ceruk mana entah.. Haha.. Orang lain sesat patah balik.. Tapi kitorang tak.. Makin sesat, makin jauh kami pergi.. Hahaha.. Okay.. Pastu kan.. Bangun pagi.. Cari breakfast.. Breakfast habis.. Kah kah kah.. Kesian.. Last last masuk mega.. Makan kfc.. Sebelum tu nina usya sim dulu.. Aku pun menyempat lah usya.. Ingat nak beli.. Malas ah pulak.. Nasib la kering sikit.. Haha.. Dan dan je.. Masa makan, aboy ws.. Ajak pergi sungai.. Gila tak gila.. Aku sakit pun, aku redah je.. Punya lah nak enjoy.. Malas fikir masalah sekeliling.. Kang nampak sangat minta perhatian.. Hahaha.. Okay whatever lah kan.. Pergi sungai mas.. Mandi manda.. Selamba do salin baju.. Hahahaha.. Bodoh abadi aku rasa.. Kk kenangan bodoh.. Hahaha.. Abaikan.. Tapi serius ah.. Best gila.. Haha.. And now aku penat gila nak mampus.. Kuyu je ni.. Nak tidur tak boleh.. Aku dah janji ngan orang malam ni.. Uwaaa... Mati aku.. Lain kali toksey buat janji dah.. Haha.. Okay lah pen off..

Saturday, 1 October 2016

Easy come easy go

Alhamdulillah..
Setidaknya aku tahu.. Yang aku tahu, kalau betul orang tu sayang kita dia takkan pergi tinggalkan kita walau apa jadi, dia akan cuba baiki. So.. Aku suruh dia pergi kat orang lain. Dia pilih untuk pergi. Kali ni aku tak halang pun. Biar lah. Setidaknya aku tak minta perhatian dia dah. Betul lah. Senang datang, senang pergi. Hehe.. Aku rilek je..

Sedar diri

Dah la. Nangis pun dah.. ehh ni tak mintak perhatian pun ea. Ni blog aku. Aku bebas nak luah apa apa. Jangan lah kau salah faham. Kang cakap aku harapkan perhatian kau pulak. Tak dah. Tak kali ni. Minta maaf la bebanyak. Aku sedar do aku ni bodoh. Dungu. Takde otak. Lembab. Kan.. Life aku serious do cuma layak kat tapak kaki kau je.. Aku ni dah la tak berakal. Tak belajar macam kau. Tak terpelajar la senang kata.. Bodoh tu memang takkan habis.. Jadi.. Aku terima je do kau nak cakap aku apa lagi lepas ni.. Ni dah masuk kali ke2 dah yang memang aku deep.. Dulu masa kau cakap kat aku "takkan nak berkawan pun takleh" hahaha. Macam aku ni halang hidup kau je kan. Haha. Kalau kau lupa, kau scroll balik. Kau tengok. Ada aku halang kau dengan budak kelas kau dah ? Takde weh. Haha. Lepas pada kena dengan kau. Kau diam diam. Tapi bila bunyi pedas gak eh. Haha. Tadi pun terasa jugak ah kau kata aku "hidup memang tak boleh kalau tak kapel" lepastu "nak kan perhatian" ada satu lagi.. "Hati awak tu terlalu murah" hahahahahahahaha.. Lebih kurang macam tu je lah bunyi bunyi ayat kau tadi.. Hahahaha.. Berapi eh lidah kau.. Takpe.. Aku sedar do tempat aku.. Kau pergi lah.. Aku takkan cari kau, mahu pun pengganti kau yang lain.. Kau cakap aku layak dapat yang lagi baik.. Haha.. Ke sebenarnya, i dont deserve you ? Tu kan yang betul.. Aku tak layak dapat kau.. kau cari la perempuan baru yang boleh bahagia kan kau.. Aku minta maaf la banyak banyak.. Aku rasa aku tak mampu.. Sebab apa yang kau cakap kat aku pun dah boleh nampak kan.. Aku ni macam bodoh yang tak berakal.. Kau buat aku rasa macam ni.. Ye kau.. Kau nak kan kesempurnaan.. Minta maaf bebanyak la cik abang.. Aku bukan orang tu.. Mungkin orang lain..

What do you mean by seeking for attention ?

First of all.. Thank you for judged me.. I've told you so many times dont judge me if you are not in my shoes.. But, see.. Still judging me.. Making jokes with my past.. Nak perhatian.. Sudah la weii.. Lapuk lapuk.. Lepas ni aku tak cerita dah apa apa kat kau.. Malas do.. Kau cakap aku nak perhatian yelah.. Aku pendam pulak kali ni.. Aku diam.. Okay ? Haha... Serik dah aku bila mu cakap aku gitu.. Tobat aku serik.. Mu tuduh aku nak perhatian.. Takpe ah.. Terima kasih ah.. Macam murah sangat aku ni ork mu buat.. Sikit sikit kapel.. Sikit sikit mintak perhatian orang.. Dah ah.. Takpe la..

Wednesday, 28 September 2016

Win do

Biy win gila ! Haha bahagia rasa.. Tak pernah ada orang nak jerit i love you kat baby macam tadi.. Kuat pulak tu..

Tuesday, 27 September 2016

Tak kuat dah

Allah.. Berhentilah uji aku ya Allah.. Aku semakin hari semakin lemah.. Aku sakit.. Satu demi satu menimpa aku.. Tolong lah hamba Mu ini ya Allah.. Aku tak kuat.. Satu per satu datang.. Sudah lah mental aku di uji.. Fizikal aku turut di uji sama.. Kembalikan nikmat yang pernah Engkau bagi dulu ya Allah.. Belakang aku sakit.. Kaki aku juga sakit.. Dada aku juga lemah.. Badan aku tak kuat.. Selera makan aku ditarik.. Ya Allah, kenapa la ada manusia yang sekejam ini ya Allah ? Aku redha.. Aku yang terima sakit ni bukan ma ayah aku.. Tapi, aku percaya Janji Allah itu pasti.. Sudah berbulan aku sakit.. Aku yakin Allah nak bagi aku pelangi di hujung pengakhiran aku.. Orang yang buat keluarga aku macam ni, aku yakin.. Satu hari nanti mesti rebah.. Aamiin.. Kun Faya Kun itu wujud.. Percayalah.. Aku kuat dengan izin Allah..

Monday, 26 September 2016

Sedih

Hm.. Orang tau awak penat.. Orang pun penat.. Tunggu awak balik.. Awak mengantuk nak tidur.. Bukan tak kasi.. Macam payah sangat nak type i love you.. Benda remeh centu la yang buat orang senyum tiap hari.. Takpe la.. Rehat la..

Friday, 23 September 2016

Kesayangan

Biy..
Baby tau biy penat.. Biy letih.. Biy kena stay up study, buat kerja kursus, buat homework.. Dengan sekolah lagi, amali lagi.. Kita pun dah jarang ada masa.. But, you still spending some time for us to have a short conversation.. Terima kasih sayang.. Biy, baby tau biy pun letih.. Tapi, biy kena jaga kesihatan sama.. Makan jangan skip.. Baby risau kalau kalau biy sakit.. Biy.. Lagi satu.. Jaga diri ea.. Biy setiap hari main atas jalan raya.. Memang lah tak jauh tapi.. Biy tengah darah manis nak exam.. Jaga diri ye sayang.. Baby tak nak biy kena apa apa.. Bawa motor tu elok elok ea sayang.. Nak nak lagi musim hujan ni.. Risau baby.. Biy jangan demam ea.. Biy.. Biy kena tahan dalam sebulan lebih je lagi.. Tak lama dah tu sayang.. Minta maaf ea kalau kekadang tu baby tak faham situasi biy.. Apa pun, biy kena jaga diri.. Jaga kesihatan.. Kalau sakit tu terus pergi klinik.. Ni tak, liat sangat nak boleh pergi klinik.. Haih.. Tak apa lah.. Baby selalu ada kat sisi biy support biy.. Sayang biy.. Bye cinta..

Wednesday, 21 September 2016

21/9

Holly shit.. I hate this date.. Hm, dah genap setahun ma and ayah divorced.. I miss my happy family.. Rindu do nak hangout sekali.. Together.. Shopping.. Makan satu meja.. Holiday.. Berkelah.. Pergi picnic kat pantai.. Waterfall.. Pergi sana sini.. Entah.. Aku pun tak tahu dah nak cakap macam mana.. Kalau aku cakap pun, benda takkan jadi macam dulu.. Biasanya, birthday aku every year akan celebrate.. And, aku tak rasa tahun ni.. Ayah pun dah makin lain.. Malas nya nak cakap pasal benda ni.. Last year.. Time macam ni aku just keep myself alone.. While listening to music.. Which is abang aku spent time dalam bilik.. And i know that my brother was crying too.. Aku kenal abang aku.. Aku baca every moment that he posted in his wc.. Sedih la.. Got to go.. Bye memories..

Sunday, 18 September 2016

Best day ever

Sayang....
Tak boleh move on lagi pasal tadi. Happy gila rasa. Macam takde masalah je. Sakit pun dah tak rasa sakit. Rasa macam takde pape. Rasa cuma bahagia je. Seronok kan bila biy bawak jenjalan kat lombong. Pusing² kampung. Masuk jalan entah mana mana tah biy bawak. Heee. Masuk kawasan taman. Masuk situ tembus ikut sini. Heaven nya. Biy, seronok. Tak tahu nak cakap. Terima kasih banyak banyak buat baby happy.

Kebahagiaan

Ali.. Biy.. Sayang.. Cinta.. Rindu.. Kasih..
Semua la.. Happy sangat biy.. Happy gila.. Hari ni dapat buat semua benda yang orang nak.. The best day ever.. Lama kita hari ni.. Thank you so much sebab layan karenah orang ni.. Biy bawak orang pergi memana je.. Semua ceruk.. Semua lubang biy bawak.. Haha.. Rasa amazing gila.. First time biy.. First time seumur hidup macam tadi.. Best ! Best gila.. Kita buat banyak benda sama sama.. Seronoknya rasa.. Hilang rasa beban ni.. Best.. Jenjalan naik motor ngan bf untuk pertama kali.. Heee.. Malu.. Tapi.. Seronok..

Saturday, 17 September 2016

Maaf sayang

Sakit kan nak hadap kenyataan ? Tapi sakit lagi bila kena terima keadaan kita yang macam ni. Allah je la tahu sakit tu. Tahu, kau dah boleh bahagia takde aku kat samping kau. Aku sedar. Riak muka kau jauh lebih bahagia bila ada kawan kau. Bukan masa dengan aku. Aku cuma nak kau bahagia je. Aku sakit takpe. Cuma yang aku nak kau happy. Tu je. Buat apa komen kat status fb kalau kau tak risau. Kecewa sangat rasa. Tak sangka la tak risau seharian aku tak makan. Makin hilang selera. Takpe la. Aku delete sampai status tu. Sebab kau pun dah tak kesah. So i decided untuk pergi. Bukan sebab aku rasa aku bagus. Bukan juga sebab orang lain. Jauh sekali. Tapi, sebab aku rasa aku memang dah tak berguna dalam hidup kau ali.. Esok aku pergi taman tas, InshaAllah aku jumpa eysha aku pass barang kau.. Takpe la. Aku dah tak boleh nak tengok barang² kau kasi aku. Aku tak boleh. Sebak sangat rasa. Bila kita nak kena terima balik kenyataan yang kita dah tak boleh bersama. Aku sakit. Tapi, apa kan daya aku ni. Kau dah ada tempat untuk bahagia, aku lepas kan.. Cukup la.. Kita dah takde apa apa. Tak boleh contact. Number pun aku dah delete. Text lama pun dah delete. Aku sayang kau ali. Aku cinta kan kau. Dalam cinta aku kat kau takde siapa tahu termasuk kau. Bagi aku, kau satu.. Takkan ada cinta selain kau dah. Dengan semalam aku tidur termimpikan kau. Hm, kau datang kat aku sambil senyum. Aku tak tahu tu last. Sakitnya la. Aku minta maaf. Terima kasih sebab pernah hadir untuk bagi aku kekuatan dan bagi aku rasa apa tu bahagia.

Friday, 16 September 2016

Sudah lah

Memandangkan semua dah block. Text pun tak reply. Jadi, aku tak nak berharap dah. Aku nak move on. Bismillah..

Aku tak okay

Hari ni kan.. Sumpah sakit gila rasa badan.. Bisa satu badan.. Hm.. Nak mati.. Tak tahan.. Dengan ma ayah lagi.. Ma bebel².. Ayah suka tipu.. Masing² ngan ragam masing².. Aku tak daya gini.. Dah la sakit.. Ya Allah.. Tak kuat.. Apa la ubat untuk baik sakit aku ni.. Aku tak daya dah nak tanggung.. Azab.. Seksa.. Berbulan dah sakit ni.. Dah la hidup sunyi.. Takde sesiapa.. Hmm.. Kalau arwah ada kan bagus.. Boleh aku peluk arwah.. Tok, adik rindu tok.. Adik takde sesiapa dah tok.. Ma ayah dah cerai.. Tok tahu tak pasal ni ? Tok.. Datang la masuk dalam mimpi adik.. Adik rindu nak tengok tok.. Dulu, tok selalu masak untuk adik kan.. Tok.. Tok tak rindu adik ke ni ? Adik rindu tok.. Tok, adik nak ikut tok.. Aki pun dah ikut tok.. Adik nak jugak.. Dulu, ma ayah busy.. Adik manja ngan tok ngan aki je la.. Sekarang adik nak manja ngan siapa ? Ma jarang ada rumah.. Ayah dah kawen lain tok.. Tok tahu tak ni ? Aah.. Ayah dah kawen baru.. Dah tinggalkan rumah ni.. Rumah ni pun dah macam tak berpenghuni je tok.. Tok.. Sekarang ni adik sakit tok.. Kalau tok ada mesti tok tolong jaga kan adik.. Pantau makan minum adik kan.. Cari ustaz untuk ubat sakit adik.. Tok.. Dah 9 tahun dah tok tinggalkan adik.. Kenapa tok ? Tok tak sayang adik ke ? Tak rindu adik ke tok.. Hmm.. Sekarang kalau adik panggil tok, tok takde pun.. Kalau dulu tok mesti jawab.. Tok panggil adik kecik.. Selalu panggil adik kecik.. Rindu nak makan kuih bakar tok.. Bila adik boleh rasa lagi ni ? Nak yang tok buat.. Lepas tok takde.. Kuih bakar orang lain memang takkan ada yang sama macam tok punya.. Ikan panggang kerisi.. Haha.. Tok suka kan masak tu ? Adik suka ratah lauk.. Sebab tu la dulu gemok.. Tok tu, suka masak sedap sedap.. Ya Allah.. Tok.. Hmm.. Tok, orang sebelah pun dah lain.. Aki pak itam tu.. Adik tok tu, demi Allah.. Dia banyak berubah.. Lain.. Tok mesti terkilan tengok adik tok cakap apa kat cucu tok.. Tok mesti sedih kalau tau.. Dia orang anak beranak jahat.. Dah tak sebulu dah.. Dia orang jahat tok.. Tok.. Kalau adik tak sakit, esok ke lusa ke or petang ni.. Adik gi jumpa tok eh ? Adik dah reti bawak motor tau tok.. Adik dah tinggi sekarang ni.. Besar dah pun.. Hehe.. Dulu ye la.. Tok zaman pendek pendek tok suka ikat rambut adik.. Tok.. Adik nangis ni.. Mana tok ? Tok yang kesat air mata adik biasa nya.. Tok kat mana ni ?  Biasa ada je pujuk adik.. Tok, tunggu adik.. Adik sayang tok..

Just a little throw back

Haha.. Teringat pulak.. Masa first date aku ngan ali dulu.. Tu pun sebab aku merajuk.. Bulan 2.. 10/2.. Yes aku ingat.. Hari.. Hari sabtu I guess.. Aku merajuk sebab tak sempat jumpa dia.. Heee.. Aku mintak ais krim masa tu.. Dah la taste tinggi.. Nak magnum.. Date kat benteng.. Wuish.. Hebat tak hebat tak.. Hehe.. Masa tu malu malu lagi.. Tapi, time tu la tengok dia nangis sebab aku citer pasal fifi.. Alolo.. Dia cemburu.. Baru tau hati dia sakit sampai macam tu sekali.. Masa tu aku tak suka dah kat si fifi tu.. Ali ni.. Main nangis nangis pulak.. Lemah betul la masa tu.. Haih.. Lepastu lepak lepak.. Borak.. Gitu je la.. Then.. Balik.. Sanggup kan dia masa tu ? I miss my bae.. My old bae.. Hmm.. Masa tu, ali tu.. Haih.. Dah la pakai sama hitam.. Eeee.. Nak cium cium je rasa.. Haha.. Ngan makan ais krim nya.. Rindu nya la.. Kalau tau la.. Manfaat kan betul setiap masa dengan dia.. Sayang.. Sayang sangat.. Tah la.. Dia istimewa bagi aku.. Terlalu istimewa.. Ada benda yang buat kan aku tertarik dengan dia.. Yang sampai sekarang aku tak tahu apa dia.. Kalau baik, comel semua tu memang dah.. Tapi ni daya tarikan dia.. Tah la.. Dia special.. Bye ex..

Thursday, 15 September 2016

Allah

Hmmm.. Kenapa ni nadhirah.. Kenapa malang sangat.. Masa mandi.. Mengalir air mata aku.. Kenapa ma ayah cerai ? Kenapa tak rujuk balik ? Kenapa mesti aku ? Hmm.. Kenapa mesti ada ibu.. Kenapa ayah berubah ? Kenapa aku !!!!! Aku tak tahan.. Tak kuat.. Allah

Wednesday, 14 September 2016

My life is @#$%!?

When you have nobody, and the one you depend on is just your bf. And guess what ? he keeps ignoring you. That guy was mine.. Yap.. My bf.. What a fucking shit day ! I was the unluckiest girl ever in this world.. My parents especially my dad pretending like he cares about me but, not at all ! And also my bf.. He keeps saying "i love you" but, i didnt see where's the word of love in my life.. Bila aku marah.. Dia just reply "erm" and i just like fine.. Im not import to his life.. Even, kalau aku mati pun. Trust me, he wont cry.. I bet, he wont.. Dengan cara dia macam ni.. Dah boleh ramal what will happen in future.. Its okay lah.. Aku takkan paksa orang untuk sayang aku.. Sorang² dalam life aku menyetan.. Kawan baik, family and now my bf.. Actually, siapa je ada untuk aku ? Takde siapa.. Orang cuma cari aku bila bosan je.. Aku perasan sangat..

Monday, 12 September 2016

kegilaan

Ali..
Apa semua ni ? Uwaaaa.. Hm... Sampai hati buat orang macam ni.. Tak sangka.. Hmm.. Nanti ws ea.. Bye.. Hm

Saturday, 10 September 2016

Silly

Aku tak faham dengan sesetengah spesis lelaki ni. Bila perempuan dah tawar hati. Kau beria minta peluang terakhir. Bila dah dapat, kau suruh perempuan tu pergi kat lelaki lain. Pergh. Padu rasa. Setepek kena kat batang hidung. Kalau taknak sepatutnya jujur. Cakap tak nak. Tak payah nak waste your time. Berlakon sayang, berpura-pura. Kesian yang kena. Sakit hati semua ada. Haih. Tolong lah berhenti lakukan perangai bodoh macam tu.. Tak baik..!

Wednesday, 7 September 2016

Berakhirlah sudah

Maka tamat lah kisah cinta antara nadh dan fadh.

Aku redha.. Malam ni pun hujan seolah olah bumi faham apa yang aku rasa.. Nafas aku jadi laju.. Tersedu sedu aku tahan tangis.. Aku dah tak kuat.. Patut lah.. Bintang pun tak berani untuk tunjuk kan diri malam ni.. Bintang pun seakan akan tahu je apa akan jadi.. Ya Allah.. Kau atur kan lah yang terbaik buat aku ini ya Allah.. Andai jasadku terpisah.. Aku sanggup ya Allah.. Aku rela ditarik nyawa.. Tolong la hamba-Mu ini ya Allah..

 
Designed by: Nadhirah Khadir (NK)