Tuesday, 11 October 2016

Greeting Text
dear sayang,

dari awal kita kenal, saya tak pernah jangka pun yang saya akan jatuh hati kat awak. betul. saya memang anggap awak kawan je. kawan lama. satu sekolah rendah. saya pun jenis nakal, suka kacau-kacau awak. entah macam mana timbul perasaan selesa dengan awak. habis semua masalah yang saya pendam saya boleh cerita kat awak. pelik. tapi, awak lah satu-satunya manusia yang akan ada untuk saya walau sesibuk mana pun awak. saya ingat lagi, saya ws awak pagi pagi dalam satu lebih pagi. awak cakap awak tengah repair motor. awak suruh saya tunggu. saya tunggu. dalam empat lebih pagi awak ws saya balik. awak tak lupa saya masa tu.

start dari tu pun, saya dah rasa yang saya ni penting. ada tu kan, awak ingat tak first time jumpa ? tak ke gila pagi-pagi buta awak datang rumah sewa ayah kat taman tas. bulan 12 kan masa tu. dalam pukul 3-4 pagi awak datang hantar maggi tom yam, yogurt strawberry. padahal tu first time jumpa lepas berapa tahun kita tak jumpa. masa tu awak pakai cap, cermin mata, baju tshirt warna oren dengan seluar hitam. saya masa tu berkain batik baju jersey pahang warna kuning tu. haha sumpah saya takkan lupa awak masa tu.

lepas daripada tu kan, kita jumpa kat taman. awak bawa ais krim. hehe sweet je awak masa tu. segan sangat time tu. tapi, saya terkejut tengok awak "berbomoh" depan saya. serius saya tak sangka awak merokok. terkejut juga la. tapi sekarang awak dah berubah. tu yang paling penting bagi saya. penat juga nak brainwash awak ni. hehe.

then, awak dah rajin mari rumah ayah. awak belikan saya kinderbueno. banyak kali juga eh dating depan rumah ayah. tapi, hebat awak ea. padahal kan masa tu saya dengan fifi. awak, saya rindu kenangan kita tu semua. masa awak juga usaha nak dapat kan saya, saya sebenarnya keliru sangat. ambil masa juga saya nak buat keputusan sama ada awak atau pun fifi. fifi bf saya masa tu tapi, dia abaikan saya sangat-sangat. sampai kan saya sedih, saya susah dia tak ada kat sisi saya. yang ada masa tu awak. awak yang selalu sokong saya. beri semangat. awak tetap sokong keputusan saya. selalu suruh saya fikir baik-baik. beri peluang dekat fifi. tapi, makin nampak yang fifi bukan terbaik.

saya ingat lagi, masa kali pertama awak datang. saya cakap, awak takkan tahu rumah saya. dah la jauh. susahkan awak je. ayat awak "fifi boleh takkan aku tak boleh kan" awak usaha juga untuk saya. sampai lah awak kat teratak buruk saya ni. masa tu juga la first time saya pecahkan gelas depan tetamu. masa tu juga lah awak dapat tengok saya menyapu dan masa tu juga lah awak tengok saya gelakkan awak macam orang gila. kuat betul saya ketawakan awak masa tu. awak tu lawak sangat.

lepas tu kan, awak tahu tak kenapa aboy support sangat kita ? sebab awak lah satu-satunya bf yang saya kenalkan dekat dia. betul. sebelum ni tak pernah pun. masa mula-mula tu kan, aboy yang teringin sangat nak kenal awak. sanggup amik awak kat taman tas. semata-mata nak ajak mandi sungai. wah, seronok kan time tu. malam tu pergi karok. then makan. hehe, first time juga la saya suap awak. suap sayur pula tu. hehe sorry awak. saya suka buli awak. awak comel. saya tulis ni sebagai tanda menghargai awak. alhamdulillah, makin lama makin bahagia saya. makin banyak cipta kenangan. memori dengan awak takkan pernah saya lupa.

awak tahu, bila saya dengan awak kan saya selalu happy. rasa tenang je. biar pun masalah banyak. saya seronok bila awak ada untuk saya. selalu sokong saya. bagi kata-kata semangat. saya rasa kuat sangat. selalu rasa dihargai. saya boleh merasakan diri saya ni penting.

sayang, tak mudah untuk saya lupa kenangan saya dengan awak. 06/02/16 awak ingat tau tarikh ni. bermakna sangat buat saya. saya hargai sangat. terima kasih dah jadi pelangi untuk saya. sentiasa indahkan dunia saya. terima kasih dah jadi matahari untuk saya yang sentiasa menyinari hidup saya. terima kasih dah jadi bintang-bintang yang tak terkira banyak nya pengorbanan awak untuk saya.


Muhammad Zulfadhli, terima kasih. saya cuba jadi terbaik untuk awak. ^_^
 
Designed by: Nadhirah Khadir (NK)