Monday, 31 October 2016

I hate you

Aku benci bila orang tak suka tengok aku ngan ali. Aku benci bila ada yang sibuk kacau hubungan aku. Aku benci semua yang buat aku sakit hati. Aku benci orang yang tak reti nak jaga perasaan aku. Pagi ni, entah. Hati aku sakit. Sakit sangat bila aku stalk moment ali. Ada lah sesiapa pun kat dalam moment dia tu. Aku sakit hati. Demi Allah, aku tak ikhlas kan apa yang orang buat kat aku. Apa lah masalah orang ni. Makin aku tak faham. Semua la. Semua tak respect aku. Respect dari segi hati. Ada lah beberapa mahluk yang aku dah cannot accept. Dear human, please la.. Jadi manusia with brain. Tanam sikit sifat² menghormati tu sama. Fine la nak cakap "baru couple dah kecoh" its not about 'status'. Its about relationship. Hormat hubungan manusia lain. Kau tak tahu apa yang aku hadap. Apa yang aku tempuh. Apa yang aku lalui. Aku nak stay ngan Ali bukan senang. Kau orang ingat senang je ke aku nak stay ngan dia ? Penat da weh.. 6/7/16.. Maka genap lah aku 5 bulan dengan ali.. Tarikh tu, sampai mati aku takkan lupa. Raya yang pertama seumur hidup aku bertemankan air mata. Berbantalkan fitnah. Berselimutkan duka. Kau rasa aku bahagia ke raya tahun ni ? Dengan parents aku dah satu hal. Raya tahun ni, aku tak merasa cium tangan mak ayah aku on the first eid. Dah, abaikan part tu. Orang mesti ingat senang je relay aku dengan ali tu. In fact, Family dia tak suka aku. Aku kena fitnah macam². Aku dah kena hina. Maruah aku dah kena pijak pun. Actually bukan setakat aku but family aku sekali. Aku gaduh dengan jiran aku sendiri which is sedara aku. Payah aku nak explain. But, aku mohon dan merayu sangat jangan ganggu relay aku. Bagi peluang aku bahagia. Banyak dah aku hadap sebab aku nak stay dengan dia. Aku sayang dia. Tolong la stay away. Get lost je lah dari life aku. Tough gila hati aku. Kena herdik. Kena caci. Kena maki. Kena hina. Tapi aku still stay. Nampak kan aku terhegeh hegeh sangat kat ali. Yes i did. Memang pun. Sebab aku memang sayang dia. Ramai orang pelik why him ? Dah la sama umur.. Tak kerja.. Itu la ini la.. Senang je, rezeki dia belum lagi.. Aku nak dengan dia start dia takde apa apa. Aku nak start susah dulu. Aku tak harapkan harta pun macam gf lain. Mintak itu ini. Aku ada la jugak minta itu ini tapi aku rasa makanan je. Tak pernah mintak yang pelik². To haters, please stop. Im tired. Give me my happiness and He will gives to you too. Doakan la aku yang baik je dengan dia. Tak doa kan pun takpe. Just go. Takyah nak tolong adjustkan bagai. Nak acah acah close friend bagai. Nak stalk stalk. Eh please. Lelaki lain tak pupus lagi dalam dunia ni. Then, kau nak tolong ejaskan apa kalau dah tahu he's taken ? Jangan la bagi harapan kat minah tu. Fake hope weh. Minah tu heartbreak kalau sampai tahap bunuh diri tu semua salah kau. Nak tolong sangat sampai kau kasi harapan lak kat dia. Just cakap dia taken. Nanti tolong cari kan yang lain ke apa ke. Cakap kawan baik. Dah la. Kawan sekarang pun macam sampah. Payah nak cari yang elok.

Thursday, 27 October 2016

no matter what happen please stay

Greeting Text

hai blog.. rindu nak berblog.. phone rosak.. tak boleh nak blog.. hmm.. malam ni sunyi.. update blog pun sebab takde tempat nak luah.. takde orang nak chat.. hari ni, dia langsung tak chat.. sikit pun takde.. i love you jauh sekali nak dapat.. takpe nadh.. dia sibuk tu.. buat homework.. dia penat.. dia tidur.. sabar nadhirah.. apa yang jadi sekali pun, stay... sabar... tunggu dia... setia... nanti percayalah ada kebaikan.. fighting nadh ! hehe.. kuat kan hati.. chaiyok chaiyok..!

tengah taip... dapat chat dari ali, dia cakap dia tak sihat TT_TT patut la tak chat.. dia kenapa ? hm hm.. bye.. nanti nadh sambung type..

Saturday, 22 October 2016

bodohnya aku

pening sangat kepala hari ni. banyak sangat fikir. apa la malang nasib nadhirah. bila boleh dapat lelaki yang ikhlas sayangkan aku. kenapa aku selalu gagal ? gagal dalam perhubungan. aku tahu aku bodoh. banyak kekurangan aku. sebab tu aku selalu kena tinggal. bermimpi nak ada lelaki yang baik yang boleh terima aku. tak nadhirah. kau bukannya 'princess' yang kau bayangkan. kau cuma sorang gadis kampung yang kurang segala-galanya. mimpi aku.. harapan aku.. musnah.. hancur berkecai. mulai hari ni, aku akan berpijak ke dunia nyata. aku bukan lah dalam cerita dongeng. aku bukannya 'princess'. bangun lah nadhirah dari mimpi yang tak sudah tu. aku dah tak ada siapa-siapa. aku cuma ada aku. kekuatan aku cuma aku je. biarlah orang nak tinggal aku. aku dah taknak bercinta lepas ni. aku dah cukup dah. nampak sangat aku gagal. aku tak layak untuk bercinta. aku menyerah kalah. aku akui aku bodoh, aku tak sempurna. aku kekurangan semua nya. kesihatan.. rupa paras.. kepandaian.. aku kurang.. aku tak pandai jaga apa yang aku ada.. betul lah, aku tak layak bercinta apa tah lagi dicintai.. dah seharusnya aku menyerah dari awal.. usaha aku untuk kekal tu sia-sia..

Tuesday, 11 October 2016

Greeting Text
dear sayang,

dari awal kita kenal, saya tak pernah jangka pun yang saya akan jatuh hati kat awak. betul. saya memang anggap awak kawan je. kawan lama. satu sekolah rendah. saya pun jenis nakal, suka kacau-kacau awak. entah macam mana timbul perasaan selesa dengan awak. habis semua masalah yang saya pendam saya boleh cerita kat awak. pelik. tapi, awak lah satu-satunya manusia yang akan ada untuk saya walau sesibuk mana pun awak. saya ingat lagi, saya ws awak pagi pagi dalam satu lebih pagi. awak cakap awak tengah repair motor. awak suruh saya tunggu. saya tunggu. dalam empat lebih pagi awak ws saya balik. awak tak lupa saya masa tu.

start dari tu pun, saya dah rasa yang saya ni penting. ada tu kan, awak ingat tak first time jumpa ? tak ke gila pagi-pagi buta awak datang rumah sewa ayah kat taman tas. bulan 12 kan masa tu. dalam pukul 3-4 pagi awak datang hantar maggi tom yam, yogurt strawberry. padahal tu first time jumpa lepas berapa tahun kita tak jumpa. masa tu awak pakai cap, cermin mata, baju tshirt warna oren dengan seluar hitam. saya masa tu berkain batik baju jersey pahang warna kuning tu. haha sumpah saya takkan lupa awak masa tu.

lepas daripada tu kan, kita jumpa kat taman. awak bawa ais krim. hehe sweet je awak masa tu. segan sangat time tu. tapi, saya terkejut tengok awak "berbomoh" depan saya. serius saya tak sangka awak merokok. terkejut juga la. tapi sekarang awak dah berubah. tu yang paling penting bagi saya. penat juga nak brainwash awak ni. hehe.

then, awak dah rajin mari rumah ayah. awak belikan saya kinderbueno. banyak kali juga eh dating depan rumah ayah. tapi, hebat awak ea. padahal kan masa tu saya dengan fifi. awak, saya rindu kenangan kita tu semua. masa awak juga usaha nak dapat kan saya, saya sebenarnya keliru sangat. ambil masa juga saya nak buat keputusan sama ada awak atau pun fifi. fifi bf saya masa tu tapi, dia abaikan saya sangat-sangat. sampai kan saya sedih, saya susah dia tak ada kat sisi saya. yang ada masa tu awak. awak yang selalu sokong saya. beri semangat. awak tetap sokong keputusan saya. selalu suruh saya fikir baik-baik. beri peluang dekat fifi. tapi, makin nampak yang fifi bukan terbaik.

saya ingat lagi, masa kali pertama awak datang. saya cakap, awak takkan tahu rumah saya. dah la jauh. susahkan awak je. ayat awak "fifi boleh takkan aku tak boleh kan" awak usaha juga untuk saya. sampai lah awak kat teratak buruk saya ni. masa tu juga la first time saya pecahkan gelas depan tetamu. masa tu juga lah awak dapat tengok saya menyapu dan masa tu juga lah awak tengok saya gelakkan awak macam orang gila. kuat betul saya ketawakan awak masa tu. awak tu lawak sangat.

lepas tu kan, awak tahu tak kenapa aboy support sangat kita ? sebab awak lah satu-satunya bf yang saya kenalkan dekat dia. betul. sebelum ni tak pernah pun. masa mula-mula tu kan, aboy yang teringin sangat nak kenal awak. sanggup amik awak kat taman tas. semata-mata nak ajak mandi sungai. wah, seronok kan time tu. malam tu pergi karok. then makan. hehe, first time juga la saya suap awak. suap sayur pula tu. hehe sorry awak. saya suka buli awak. awak comel. saya tulis ni sebagai tanda menghargai awak. alhamdulillah, makin lama makin bahagia saya. makin banyak cipta kenangan. memori dengan awak takkan pernah saya lupa.

awak tahu, bila saya dengan awak kan saya selalu happy. rasa tenang je. biar pun masalah banyak. saya seronok bila awak ada untuk saya. selalu sokong saya. bagi kata-kata semangat. saya rasa kuat sangat. selalu rasa dihargai. saya boleh merasakan diri saya ni penting.

sayang, tak mudah untuk saya lupa kenangan saya dengan awak. 06/02/16 awak ingat tau tarikh ni. bermakna sangat buat saya. saya hargai sangat. terima kasih dah jadi pelangi untuk saya. sentiasa indahkan dunia saya. terima kasih dah jadi matahari untuk saya yang sentiasa menyinari hidup saya. terima kasih dah jadi bintang-bintang yang tak terkira banyak nya pengorbanan awak untuk saya.


Muhammad Zulfadhli, terima kasih. saya cuba jadi terbaik untuk awak. ^_^

Tuesday, 4 October 2016

Apa semua ni ?

Entah apa apa kau ni..
Jeles aku dengan iqmal.. Tu dah satu masalah.. Satu lagi, konon aku ni minta perhatian lelaki lain.. Bodoh sia.. Bila aku buat gitu ? Lelaki mana ? Aku kalau aku nak, masa kapel ngan kau pun aku boleh buat.. Masalahnya tak.. Benci pulak aku ngan perangai tah apa apa kau ni.. Menuduh tak tentu pasal.. Lepas tu mula lah tak percayakan aku.. Apa do masalah kau.. Aku setia siang malam ngan kau.. Stalk kau.. Amik tau pasal kau.. Kau tuduh lagi aku.. Terasa gila do.. Aku tak tahu nak bukti kat kau macam mana lagi.. Tak cukup kuat lagi ke benda yang aku hadap selama ni semata mata nak ada untuk kau ? Tak nampak lagi ke ? Apa tah yang ada dalam kepala hotak kau tu.. Ouh.. Mungkin kau yang bosan ngan aku kan ? Kau cari salah aku, then kau blah.. Gitu en ? So selama ni kau menipu je la cakap kau sayang aku.. Aku ni dah cukup terbaik untuk kau.. Aku ni sempurna la.. Aku ni cinta kau la.. Alaaa.. Bodoh.. Padahal kau bukan percaya aku pun.. Sia sia je kau cakap kau sayang aku bagai.. Sia sia !

Sunday, 2 October 2016

Minta kau faham

Bro, kau kalau mari jadi silent reader aku nak kau tahu.. Sikit pun aku tak mintak perhatian kau.. Ni blog aku kan.. Nama aku kan ? Jadi, ni hak aku nak tulis apa pun. Aku tahu. Kau mesti fikir aku nak kan perhatian je kan ? Haha. Gotcha ! Aku dah kenal kau.. Mesti kau fikir gitu kan.. Hahaha.. Wuu.. Aku langsung tak minta k perhatian kau.. Pergh padu.. Mesti selama ni kalau aku luah masalah aku, tu mesti kau fikir aku gitu kan.. Allahu.. Haih.. Sedih bhai.. Aku cerita masalah aku kat kau, kau tu aku anggap manusia penting dalam hidup aku.. Tapi en.. Kalau kau tuduh aku baru ni cakap aku ni minta perhatian.. Tak mustahil ah kalau selama ni pun kau fikir aku gitu kan.. Sampai gak hati kau.. Bodoh aku ni.. Tahniah bro, kau dah buat aku rasa macam aku baru kena campak dari bangunan 80 tingkat.. Kau boleh bayangkan tak hancur, patah, remuk tu.. Haha.. Ni mesti kau nak cakap aku nak minta perhatian kau lah tu kan ? Aku tak tau nak rasa apa sekarang ni.. Mixed feelings..

Serabut otak

Walaweyh.. Panas betul aku rasa.. Kau senang je cakap dah dah la.. Eleh.. Kau tak rasa.. Kau buat kat aku.. Kau buat aku sakit hati then kau blah.. Haha.. Kau memang ah tau cakap je.. Kena tu aku bukan kau.. Ouh.. Aku tak mintak pun perhatian aboy, tapi tadi dia asyik tanya pasal kau.. Naik semak gak.. Puas dah aku diam.. Last last aku cakap aku ngan kau dah end up.. Terkejut beruk dia.. Dia nak ws kau.. Aku tak kasi.. Tak payah.. Kang mula lah aku pulak yang kena tuduh mintak perhatian bagai.. Semak do.. Pastu dia suruh aku jaga kau leklok.. Pahal aku ? Kau yang buat aku perit.. Kau yang blah bodoh.. Aku pulak nak kena jaga kau leklok.. Jadah ?… pastu masa kat sungai lagi lah tak guna dok main tb pasal kau.. Pergh sial.. Semak aku rasa.. Hari ni dunia aku penuh dengan nama kau.. Kau tanya aboy, mana aku ada mood nak mandi tadi.. Diam je aku duduk kat kayu.. Malas aku.. Pastu, ma pun hari ni serabai dok citer pasal kau kat nina.. Ye ye.. Fine.. Terima kasih dah banyak berjasa.. Aku hargai semua jasa kau.. Haih.. Menyampah betul aku.. Memang aku diam je kalau orang tanya pasal kau banyak².. Serabut otak aku nak jawab.. Kang mula lah kau cakap lagi aku macam macam.. Mintak perhatian lah.. Itu lah ini lah.. Sedih hidup aku ni.. Hahahaha.. Tahu lah aku kurang kasih sayang takyah kot sampai nak babit aku mintak perhatian bagai..

The way me

Hi assalamualaikum..
Hehe.. Heaven nya semalam campur hari ni.. Semalam keluar overnight. Mula² pergi cari makanan.. Lepak² taman kerang.. Then pergi tc.. Pastu.. Check in hotel.. Hahaha.. Siot gila.. Merata cari hotel.. Daripada kuantan bawa ke balok sampai la cherating.. Semua full house.. Gila.. Berjam.. Yang call saje 13 hotel.. Yang pergi tanya memang banyak gila.. Aku rasa semalam lebih 30 hotel.. Punya lah nak ada swimming pool lah wifi lah.. Last last.. Semua full.. Hahaha.. Sampai lah cari hotel budget.. Hahahahaha.. Gila kami.. Pergi check in kat hotel orang ehem ehem.. Hahahaha.. Bodoh lah kita orang ni.. Tu pun mujur check in lewat dah.. Dalam pukul 4 lebih.. Orang takde.. Tapi banyak ah motor budak² muda.. Wuuuu.. Haha.. Serius ah cipta pengalaman baru.. Dengan sesat nya kat gebeng.. Jalan gelap gelita.. Masuk tempat ceruk mana entah.. Haha.. Orang lain sesat patah balik.. Tapi kitorang tak.. Makin sesat, makin jauh kami pergi.. Hahaha.. Okay.. Pastu kan.. Bangun pagi.. Cari breakfast.. Breakfast habis.. Kah kah kah.. Kesian.. Last last masuk mega.. Makan kfc.. Sebelum tu nina usya sim dulu.. Aku pun menyempat lah usya.. Ingat nak beli.. Malas ah pulak.. Nasib la kering sikit.. Haha.. Dan dan je.. Masa makan, aboy ws.. Ajak pergi sungai.. Gila tak gila.. Aku sakit pun, aku redah je.. Punya lah nak enjoy.. Malas fikir masalah sekeliling.. Kang nampak sangat minta perhatian.. Hahaha.. Okay whatever lah kan.. Pergi sungai mas.. Mandi manda.. Selamba do salin baju.. Hahahaha.. Bodoh abadi aku rasa.. Kk kenangan bodoh.. Hahaha.. Abaikan.. Tapi serius ah.. Best gila.. Haha.. And now aku penat gila nak mampus.. Kuyu je ni.. Nak tidur tak boleh.. Aku dah janji ngan orang malam ni.. Uwaaa... Mati aku.. Lain kali toksey buat janji dah.. Haha.. Okay lah pen off..

Saturday, 1 October 2016

Easy come easy go

Alhamdulillah..
Setidaknya aku tahu.. Yang aku tahu, kalau betul orang tu sayang kita dia takkan pergi tinggalkan kita walau apa jadi, dia akan cuba baiki. So.. Aku suruh dia pergi kat orang lain. Dia pilih untuk pergi. Kali ni aku tak halang pun. Biar lah. Setidaknya aku tak minta perhatian dia dah. Betul lah. Senang datang, senang pergi. Hehe.. Aku rilek je..

Sedar diri

Dah la. Nangis pun dah.. ehh ni tak mintak perhatian pun ea. Ni blog aku. Aku bebas nak luah apa apa. Jangan lah kau salah faham. Kang cakap aku harapkan perhatian kau pulak. Tak dah. Tak kali ni. Minta maaf la bebanyak. Aku sedar do aku ni bodoh. Dungu. Takde otak. Lembab. Kan.. Life aku serious do cuma layak kat tapak kaki kau je.. Aku ni dah la tak berakal. Tak belajar macam kau. Tak terpelajar la senang kata.. Bodoh tu memang takkan habis.. Jadi.. Aku terima je do kau nak cakap aku apa lagi lepas ni.. Ni dah masuk kali ke2 dah yang memang aku deep.. Dulu masa kau cakap kat aku "takkan nak berkawan pun takleh" hahaha. Macam aku ni halang hidup kau je kan. Haha. Kalau kau lupa, kau scroll balik. Kau tengok. Ada aku halang kau dengan budak kelas kau dah ? Takde weh. Haha. Lepas pada kena dengan kau. Kau diam diam. Tapi bila bunyi pedas gak eh. Haha. Tadi pun terasa jugak ah kau kata aku "hidup memang tak boleh kalau tak kapel" lepastu "nak kan perhatian" ada satu lagi.. "Hati awak tu terlalu murah" hahahahahahahaha.. Lebih kurang macam tu je lah bunyi bunyi ayat kau tadi.. Hahahaha.. Berapi eh lidah kau.. Takpe.. Aku sedar do tempat aku.. Kau pergi lah.. Aku takkan cari kau, mahu pun pengganti kau yang lain.. Kau cakap aku layak dapat yang lagi baik.. Haha.. Ke sebenarnya, i dont deserve you ? Tu kan yang betul.. Aku tak layak dapat kau.. kau cari la perempuan baru yang boleh bahagia kan kau.. Aku minta maaf la banyak banyak.. Aku rasa aku tak mampu.. Sebab apa yang kau cakap kat aku pun dah boleh nampak kan.. Aku ni macam bodoh yang tak berakal.. Kau buat aku rasa macam ni.. Ye kau.. Kau nak kan kesempurnaan.. Minta maaf bebanyak la cik abang.. Aku bukan orang tu.. Mungkin orang lain..

What do you mean by seeking for attention ?

First of all.. Thank you for judged me.. I've told you so many times dont judge me if you are not in my shoes.. But, see.. Still judging me.. Making jokes with my past.. Nak perhatian.. Sudah la weii.. Lapuk lapuk.. Lepas ni aku tak cerita dah apa apa kat kau.. Malas do.. Kau cakap aku nak perhatian yelah.. Aku pendam pulak kali ni.. Aku diam.. Okay ? Haha... Serik dah aku bila mu cakap aku gitu.. Tobat aku serik.. Mu tuduh aku nak perhatian.. Takpe ah.. Terima kasih ah.. Macam murah sangat aku ni ork mu buat.. Sikit sikit kapel.. Sikit sikit mintak perhatian orang.. Dah ah.. Takpe la..

 
Designed by: Nadhirah Khadir (NK)